Bahan-bahan ( 12-13 biji )
- 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
- 1 cawan tepung gandum
- gula
- minyak untuk menggoreng
- (kak rose tambah 1 sb tepung jagung... sbb ada baca komen kat bawah tu untuk rangupkan cek mek molek tu)
Cara-cara
- Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
- Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
- Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
- Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng. (yg ni selalu jer kak rose fail!)
- Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.